
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, video itu sebaliknya adalah suasana latihan kebakaran di bangunan itu yang diadakan pada 18 Disember tahun lalu.

“Jabatan Imigresen mengambil serius penularan video itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak Jabatan Imigresen Johor,” katanya.
Semalam, video berdurasi kira-kira 1 minit itu memaparkan orang ramai berpusu-pusu masuk ke BSI dikatakan sebagai warga Malaysia yang baru pulang dari Singapura selepas republik itu enggan membuat saringan kesihatan susulan wabak Covid-19.