
Seluruh dunia ketika ini boleh dikatakan berada dalam keadaan panik dengan penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini membunuh lebih 82,000 orang di seluruh dunia.
Namun apa yang membimbangkan ketika ini apabila terdapat sindiket baru yang dibuat para penipu atau scammers untuk mengaut keuntungan.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Tech Times, terdapat satu iklan di Own Shop, salah satu pasaran Dark Web yang terkenal di mana mereka menjual darah dan air liurnya yang sembuh daripada wabak Covid-19.
Own Shop turut mendakwa darah dan air liur tersebut mampu untuk membuatkan seseorang kebal dari wabak Covid-19.
“Saya perlukan duit untuk membiayai keluarga,” berdasarkan keterangan pada produk tersebut.
Darah dan air liur bekas pesakit Covid-19 itu dijual pada harga RM4,000.
Tambah Tech Times, kepercayaan ini wujud selepas mereka mengeluarkan teori bahawa jika anda selamat dari wabak Covid-19, maka anda akan kebal terhadap kesan wabak ini.
Skandal penipuan ini sebahagian daripada kes-kes penipuan yang lain sepanjang situasi pandemik akibat wabak Covid-19.
Mereka mengambil peluang untuk mengeksploitasi dan menggunakan ketakutan manusia bagi keuntungan peribadi.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh firma perisikan global, IntSights yang diterbitkan menyatakan, “Kekurangan kit ujian Covid-19 terutamanya di negara seperti Amerika Syarikat membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap produk demikian dalam pasaran gelap.”
“Tetapi ‘produk’ ini sama sekali tidak benar, dan pembeli akan ditipu dengan wang mereka,” kata IntSight.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]