
Demi keselamatan bayi yang baru lahir, sebuah hospital di Bangkok, Thailand menyediakan pelindung muka khas bagi melindungi mereka daripada dijangkiti Covid-19.
Di laman Facebook rasmi hospital Paolo di Samut Prakan ada memuat naik beberapa gambar bayi dipakaikan Face Shield (pelindung muka) dan kelihatan sangat sesuai dan comel untuk bayi berkenaan sejak Khamis lalu.
“Kami menyediakan perlindungan tambahan untuk si kecil dan rakannya, iaitu pelindung muka untuk bayi dilahirkan. Sangat comel.
“Tahniah kepada semua ibu dan bapa mereka,” kata hospital berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook.
Pastinya ramai merasakan kemungkinan bayi berkenaan tidak selesa memakai pelindung muka itu, tetapi kelihatan dalam gambar mereka nyenyak tidur dengan selesa.
Thailand menguatkuasakan perintah berkurung untuk semua rakyatnya sehingga 15 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]