Tidak serik, keluarga di Makasar tuntut jenazah Covid-19 mahu uruskan sendiri pengebumian

Tidak serik, keluarga di Makasar tuntut jenazah Covid-19 mahu uruskan sendiri pengebumian

Sebuah keluarga di Makasar, Indonesia sengaja undang padah apabila bertegas mahu uruskan jenazah ahli keluarga positif Covid-19 namun berjaya dihalang polis dan askar.

Hasil ketegasan polis dan askar Indonesia jenazah Covid-19 dikebumikan ikut prosedur yang ditetapkan. (Gambar kompas.com)

Seperti yang kita tahu pesakit yang meninggal dunia akibat daripada jangkitan virus Covid-19 haruslah diuruskan mengikut prosedur pengebumian yang ditetapkan.

Hanya petugas kesihatan terlatih sahaja dibenarkan mengurus jenazah itu manakala ahli keluarga jenazah hanya boleh melihat daripada jauh urusan pengurusan jenazah itu.

Dan sebagai rakyat Malaysia pasti sedia maklum bahayanya jenazah pesakit yang meninggal disebabkan virus ini.

Ia harus ditangani oleh petugas kesihatan yang terlatih.

Namun segelintir rakyat Indonesia mungkin masih belum sedar akan bahaya yang bakal menimpa mereka jika terdedah dengan wabak Covid-19 ini.

Baru-baru ini di Makassar, Indonesia sebuah keluarga mengamuk kerana pihak berkuasa melarang mereka untuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang dijangkiti virus Covid-19.

Berdasarkan laporan Kompas, mereka berkeras dan meminta pihak hospital untuk menyerahkan jenazah ahli keluarga mereka untuk dimandikan dan dikebumikan oleh mereka sendiri.

Namun usaha keluarga itu gagal kerana pihak polis dan askar yang mengawal ketat keadaan di pintu masuk utama hospital.

Jurucakap polis Makkasar, Yudhiawan Wibisono berkata ahli keluarga pesakit yang berstatus pesakit dalam pemantauan (PUI) juga turut mengamuk untuk menuntut jenazah ahli keluarga.

Bagaimanapun katanya, tindakan cekap daripada pihak polis dan tentera mengawal situasi itu menyebabkan pihak keluarga pesakit akur dan menerima kenyataan bahawa jenazah ahli keluarga mereka akan diurus oleh pihak hospital sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.