Sporting siap ‘shuffle’… Pelbagai aksi dan ‘troll’ jadi bahan lawak hiburan sepanjang PKP!

Sporting siap ‘shuffle’… Pelbagai aksi dan ‘troll’ jadi bahan lawak hiburan sepanjang PKP!

Bukan setakat ahli politik malah netizen juga menjadikan beberapa rangkap ucapan PM sebagai lagu rap ternyata menghiburkan disaat PKP yang sudah 3 minggu!

Pelbagai aksi netizen yang menghiburkan di saat PKP.

Selepas 21 hari kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dinafikan pelbagai aksi dan ragam dapat kita lihat yang dilakukan semua keluarga termasuklah ahli politik dalam mengisi masa yang terluang.

Lebih menghiburkan ia dikongsi di laman sosial untuk hiburan dan tatapan semua orang selepas “terkurung” sejak 3 minggu lalu.

Selain sindiran beberapa ahli politik di media sosial tidak kurang juga yang kreatif menggabungkan ucapan perdana menteri menjadikan ia lagu rap.

Ini beberapa “troll” dibuat menggunakan imej Najib Razak bersama dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Troll melibatkan Najib, Anwar dan Wan Azizah.

Ia hanyalah sekadar gurauan yang dilihat netizen menghiburkan.

Sementara satu lagi troll yang dibuat membabitkan pemimpin PH yang dilihat ada juga manfaatnya daripada segi nasihat dan tidak kurang juga sindiran.

Troll di kalangan ahli PH ada yang lawak malah ada yang nasihat berguna.

Manakala ada juga gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham yang dijadikan seperti memakai pakaian tentera untuk melawan Covid-19. Ternyata ia memperlihatkan kreatifnya rakyat Malaysia!

Dr Noor Hisham dipakai baju ala tentera sebagai menghargai jasanya yang berusaha melawan Covid-19.

Namun ramai netizen dilihat mula menerima pendekatan dan usaha yang ditonjolkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin khususnya dalam mendepani wabak Covid-19.

Pakej Rangsangan Prihatin yang diumumkan baru-baru ini disambut baik semua pihak dan rata-rata berpuas hati dengan inisiatif tersebut.

Pendekatan yang secara “bersahaja dan sporting” juga mendapat reaksi positif rakyat yang merasa lebih dekat dengan beliau.

Malah semalam viral di media sosial video seorang lelaki menjadikan ucapan Muhyiddin sebagai “rap”.

Lebih menghiburkan apabila lelaki itu siap menari mengikut rentak ucapan yang di “rap”kan dengan gaya tarian “shuffle” lagi!

Video lelaki tersebut menjadi viral dan membuatkan ramai terhibur, malah Muhyiddin sendiri menyebut mengenai video itu dalam ucapannya ketika mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Bagi beliau meskipun ada yang kelihatan seperti “buang tabiat”, namun beliau kagum dengan kreativiti rakyat Malaysia yang mencipta pelbagai aktiviti bagi menghilangkan kebosanan masing-masing.

“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.

“Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian,” katanya.

Perdana Menteri dalam masa yang sama berkata, beliau memahami situasi kini di mana rata-ratanya mulai berasa agak terbeban bukan sahaja kerana bimbang dengan penularan wabak tersebut, namun dalam masa yang sama pergerakan amat terhad sejak tiga minggu lalu.

“Selama 3 minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban,” katanya.

Rata-rata netizen memuji reaksi bersahaja dan “sporting” yang ditunjukkan Muhyiddin.

Malah mereka berasa cukup “rapat” dengan beliau sehingga menggelarkannya sebagai “abah” atau “ayah”.

Kerajaan Malaysia mula melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu dan ia dilanjutkan ke fasa 2 sehingga 14 April ini demi membendung penularan wabak Covid-19, yang telah mengorbankan 62 individu setakat ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.