
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kelonggaran itu diberikan setelah jawatankuasa berkenaan mengambil kira maklum balas orang ramai.
“Sedikit sebanyak ini adalah pelarasan yang kita buat kerana mendapat maklumat balas daripada rakyat, kadang-kadang lampu di rumah (rosak) dan tidak ada tempat untuk membeli (lampu ganti) dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian semalam.
Katanya, kedai input pertanian membabitkan premis menjual baja, racun serangga dan rumpai serta makanan haiwan ternakan, sementara kedai alat ganti termasuk menjual alat ganti jentera pertanian dan industri, bateri kereta dan sebagainya.
Karim berkata, berkuat kuasa serta-merta, semua individu bukan warganegara Malaysia yang melalui laluan udara, laut dan darat tidak dibenarkan lagi transit di Sarawak.
“Adalah dimaklumkan penerbangan dari Kuala Lumpur-Sibu-Kuala Lumpur dibatalkan sehingga 14 April 2020.”
Kerajaan melaksanakan PKP fasa ke-2 selepas fasa pertama 18 hingga 31 Mac lalu, dilanjutkan untuk 14 hari lagi sehingga 14 April ini berikutan peningkatan ketara kes Covid-19 di seluruh negara.