PM bakal umum rangsangan baru untuk perniagaan terkesan dengan PKP

PM bakal umum rangsangan baru untuk perniagaan terkesan dengan PKP

Pelan terbaru ini tambahan kepada pakej Prihatin RM250 bilion.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan kewangan baru yang akan membantu pekerja di perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan penutupan perniagaan ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bantuan itu tambahan kepada pelan penyelamat RM250 bilion bagi menghadapi Covid-19, atau Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, yang diumumkan bulan lepas.

Rancangan terbaru itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 6 juta rakyat yang bekerja dalam kategori PKS.

Pada 27 Mac, Muhyiddin mengumumkan bantuan wang tunai serta subsidi upah, moratorium ke atas pinjaman bank dan penangguhan serahan cukai pendapatan yang menelan kos berbilion ringgit.

Pelan penyelamat sebelum itu juga memperuntukkan RM3 bilion melalui Tabung Kemudahan Khas untuk PKS dengan kadar faedah yang dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.

Meskipun langkah itu memenuhi matlamat utama kerajaan iaitu memastikan makanan untuk jutaan rakyat yang hilang mata pencarian kerana PKP, terdapat kebimbangan ia tidak cukup untuk menangani kesan pelan pembendungan virus ke atas perniagaan.

PKS membentuk kira-kira 98.5% perniagaan dengan sekitar 6 juta pekerja, menyumbang lebih 1/3 daripada KDNK.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.