Macam-macam… Bank di India guna seterika ‘bunuh’ virus Covid-19

Macam-macam… Bank di India guna seterika ‘bunuh’ virus Covid-19

Dalam klip video tular, seorang kakitangan bank memakai topeng dan sarung tangan mengambil cek menggunakan penyepit dan terus seterika cek itu.

Cek yang diserahkan diambil menggunakan penyepit. (Gambar Twitter)

Pelbagai cara digunakan untuk membunuh virus Covid-19 walaupun keberkesanannya belum terbukti.

Seorang pegawai Bank of Baroda di Gujerat, India menggunakan seterika bagi membasmi kuman pada cek yang diterima daripada pelanggan.

Pengguna Twitter, Anand Mahindra berkongsi video di media sosial menunjukkan rutin harian di kaunter bank berkenaan dijalankan sepanjang tempoh perintah berkurung di India.

Dalam klip video berkenaan, seorang kakitangan bank memakai topeng hidung dan mulut dan sarung tangan mengambil cek menggunakan penyepit.

Cek yang diambil itu terus diletakkan di atas meja sebelum ditekap dengan seterika.

Anand berkongsi klip video itu dengan tanda pagar ##whatsappwonderbox dan video itu kini ditonton 118,000 kali.

“Saya tidak fikir teknik digunakan pada cek itu berkesan tapi kreativiti itu perlu dipuji,” katanya.

Cek itu akan diseterika depan dan belakang barulah akan diproses. (Gambar Twitter)

India kini menjalani kawalan pergerakan selama 21 hari bagi menghalang penularan Covid-19, pandemik yang kini mengancam hampir seluruh dunia.

Pelbagai reaksi diterima daripada warganet dan ada beranggapan teknik itu berkesan, manakala ada yang ragu-ragu.

Setakat ini, India mencatatkan 3,588 kes jangkitan Covid-19 dengan 99 kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.