
Kebimbangan penularan wabak Covid-19 di seluruh Malaysia ternyata amat menggusarkan.
Malah sebagai rakyat Malaysia yang ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ke-2 sudah tentu mahu mengetahui perkembangan penularan wabak itu setiap masa.
Memang tidak dapat dinafikan, Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Kesihatan (KKM) memainkan peranan yang amat besar dalam membantu rakyat memahami dan bertindak sebagai pemudah cara untuk seluruh masyarakat situasi sebenar Covid-19.
Dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan mudah difahami membuatkan kementerian itu kini di anggap sebagai “wira”.
Ini kerana seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan sendiri usaha keras yang dilakukan KKM dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun pengikut akaun Twitter rasmi @KKMPutrajaya kecewa apabila pengendali akaun tidak lagi menggunakan emoji sebagai petunjuk perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Untuk pengetahuan sejak 2 minggu lalu, pengendali akaun itu menggunakan emoji seperti gembira, sedih atau neutral yang di tweet bersama poster sidang media KKM yang diadakan setiap hari jam 5 petang.
Tweet itu dibuat kira-kira 2 atau sejam sebelum sidang media bermula dan menjadi tempat pengguna-pengguna twitter meluahkan dan berkongsi kebimbangan tentang Covid-19.
Namun sejak Sabtu lalu tweet itu tiada lagi menggunakan emoji membuatkan pengikut akaun itu kecewa.
Sebelum ini, Twitter KKM menerima pujian ramai kerana bijak bermain dengan emosi orang ramai yang ketika ini berkurung kerana PKP.
Malah, ada pengikut twitter melabelkan pengendali akaun itu profesional dan patut dijadikan contoh oleh kementerian lain.
Ketika ini, media sosial rasmi KKM paling berpengaruh antara kementerian lain.
Malah Facebook KKM juga mempunyai pengikut paling ramai iaitu lebih 2 juta, Twitter dan Instagram pula melebihi 500K iaitu tertinggi antara akaun rasmi kementerian lain.
Pemilihan grafik, warna dan ringkas padat serta menggunakan caption yang mudah difahami memainkan peranan dan memudahkan pengguna faham mesej yang ingin disampaikan.
Ia termasuklah jumlah update terkini perkembangan Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]