Pertempuran epik menentang zombi dalam trailer pertama Train to Busan: Peninsula

Pertempuran epik menentang zombi dalam trailer pertama Train to Busan: Peninsula

Trailer pertama filem seram Train to Busan: Penisula yang ditunggu-tunggu peminat akhirnya ditayangkan.

Trailer pertama sekuel filem Train to Busan: Penisula memaparkan bagaimana mereka yang terselamat bertahan untuk hidup dengan dikelilingi zombie yang masih berkeliaran.

Pastinya peminat filem seram dan suspen sudah menonton filem Korea, Train to Busan.

Dan bagi mereka yang ternanti-nanti sekuel filem ini sudah tentu gembira kerana akhirnya trailer sekuel Train to Busan: Peninsula ditayangkan kepada umum.

Menerusi trailer yang baru sahaja dikongsi, anda akan dapat lihat keadaan mereka yang terselamat 4 tahun lalu ketika kejadian zombi menyerang Korea Selatan.

Ia juga memaparkan bagaimana mereka yang terselamat bertahan untuk hidup dengan dikelilingi zombie yang masih berkeliaran.

Pastinya dalam filem sekuel ini anda akan dapat lihat lebih banyak aksi dan “survival skill” serta mungkin akan bermain dengan emosi anda.

Dijangkakan filem ini ditayangkan tahun ini, dan diharapkan ketika penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia berakhir.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.