
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata, kumpulan pendatang itu memberitahu pegawainya bahawa 4 lelaki yang dikatakan cuba menyeludup mereka masuk meninggalkan kumpulan itu di tengah laut dalam perjalanan ke perairan Malaysia.
Timbalan pengarah APMM Kedah dan Perlis Zulida Ramly berkata, kumpulan itu dibawa ke pusat tahanan di Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen kerana memasuki Malaysia secara haram.
Beliau berkata, terdapat 45 wanita dan 5 kanak-kanak dalam kalangan 202 orang pendatang terbabit.
“Kita telah memindahkan mereka dengan mengambil langkah ketat mengikut protocol Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.