
Kes jangkitan di Singapura, yang diimport dan domestik, meningkat dengan ketara pada minggu kebelakangan ini dan mencecah 1,000 kes minggu ini.
Republik itu juga merekodkan kematian ke-5 hari ini.
“Kami memutuskan daripada mengetatkannya secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang, kami perlu buat langkah tegas sekarang, bagi menghalang jangkitan yang semakin bertambah,” kata Lee dalam ucapannya.
Perniagaan makanan, pasar dan pasaraya, klinik, hospital, utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan perbankan utama akan terus dibuka. Republik itu juga akan menukar pembelajaran dari rumah sepenuhnya untuk semua sekolah dan universitinya.
Lee menggesa rakyat Singapura untuk berada di rumah dan mengelakkan bersosial dengan orang lain di luar.
Beliau berkata, republik itu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh itu dan masa akan datang.
Kerajaan juga akan mengumumkan sokongan tambahan untuk isi rumah dan perniagaan pada Isnin, katanya.
Singapura melaksanakan beberapa langkah penjarakkan sosial untuk membendung penyebaran virus itu, tetapi membiarkan sekolah, pejabat dan restoran tetap dibuka.