
Memandangkan perintah kawalan pergerakan telah dipanjangkan sehingga 14 April ini, maka kita akan berada di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama!
Mesti semua ibu bapa sudah kekeringan idea untuk menghiburkan anak-anak di rumah.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama termasuklah mengulangkaji pelajaran secara atas talian serta permainan yang boleh menghiburkan seisi keluarga.
Namun ada lagi satu aktiviti yang boleh dikatakan agak menarik untuk dikongsi bersama anak-anak iaitu membawa haiwan-haiwan dalam zoo secara virtual berdekatan anda.
Memang seronok anak-anak seolah-olah berada dekat dengan haiwan tersebut.
Ini caranya:

- Search saja nama haiwan di google
- Akan ada butang view in your space
- Ikut arahan dan kini zoo ada dalam rumah anda! Kemudian tekan update.

Bagi sesetengah telefon pintar mungkin perlu “install app” dulu rasanya untuk buat 3D.
Ini senarai haiwan yang ada:
- Lion
- Tiger
- Cheetah
- Shark
- Hedgehog
- Duck
- Emperor penguin
- Wolf
- Angler fish
- Goat
- Rottweiler
- Snakes
- Eagle
- Brown bear
- Alligator
- Horse
- Shetland pony
- Macaw
- Pug
- Turtle
- Cat
- Octopus
- Dog
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]