
Pusat Kawalan Covid-19 negeri itu berkata, baki 11 individu berkenaan merupakan orang awam.
Kesemua mereka merupakan rakyat dari Sabah melainkan 2 orang yang berasal dari negeri lain, kata pengerusi pusat berkenaan, Safar Untong.
18 daripada mereka tiba di Tawau dari Pulau Nunukan, Indonesia hari ini dan terus dibawa ke pusat kuarantin Tawau bagi menjalani kuarantin selama 14 hari.
Baki 5 yang lain, terdiri daripada 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak dipercayai membuat keputusan untuk terus berada di Nunukan sehingga perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat, katanya.
Safar juga berkata, polis Sabah diarah supaya meningkatkan penguatkuasaan PKP ke atas premis perniagaan susulan laporan berhubung kesesakan yang berlaku di beberapa kedai dan pasar di Tawau semalam.
Beliau berkata, pihak berkuasa telah mengarahkan pemilik perniagaan dan kilang yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan makanan meningkatkan tahap amalan kebersihan di premis masing-masing, selain melaksanakan langkah disinfeksi.
Beliau mengingatkan bahawa syarikat perniagaan akan diarah tutup serta-merta jika terdapat kes Covid-19 dikaitkan dengan mereka.