Penumpang penerbangan dari Doha ke Pulau Pinang diminta jalani ujian Covid-19

Penumpang penerbangan dari Doha ke Pulau Pinang diminta jalani ujian Covid-19

Penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways yang tiba pada jam 2 petang 19 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarbansa Pulau Pinang diminta menghubungi pihak berkuasa serta-merta.

Sehingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Pihak berkuasa kesihatan mengarahkan penumpang penerbangan jarak jauh dari Doha ke Pulau Pinang pada Khamis melaporkan diri kepada Jabatan Kesihatan Negeri untu kenjalani ujian saringan Covid-19.

Dalam nota “Amaran Covid-19” di Facebook malam tadi, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkata, penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways yang tiba pada pukul 2 petang 19 Mac lepas diminta menghubungi talian 04-281-8900 serta-merta.

Sehingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang. Di seluruh negara, 2,320 kes positif virus itu dicatatkan dengan angka kematian mencecah 27 semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.