
Pemberian itu sebahagian daripada Bantuan Prihatin Nasional, yang disediakan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkan petang tadi, dengan peruntukan RM10 bilion.
Untuk rekod, takrif kategori M40 berpendapatan RM4,361 hingga RM9,619 sebulan.
Perdana menteri mengumumkan hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 akan terima RM500 pada April dan Mei.
“Buat pertama kalinya (pemberian tunai) akan disalurkan juga kepada kumpulan M40,” katanya dalam perutusan hari ini.
Di samping pemberian tunai, perdana menteri mengumumkan pemberian diskaun 2% ke atas bil elektrik isi rumah di Semenanjung diteruskan.
Syarikat telekomunikasi pula akan menawarkan internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 Apr sehingga tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tamat, katanya.
Turut mendapat perhatian adalah pendapatan harian pemandu e-panggilan yang terjejas.
Perdana menteri mengumumkan bantuan “sekali beri” RM500 kepada 120,000 pemandu.