
Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang membenarkan rakyat Malaysia berumur 55 tahun ke bawah mengeluarkan wang simpanan dari akaun 2 KWSP disambut baik oleh pencarum.
Jumlah maksimum kadar pengeluaran sebanyak RM500 untuk sebulan itu boleh dilakukan dalam tempoh 12 bulan dan permohonan boleh dibuat bermula 1 April ini.
Sebagai langkah persediaan awal, ini cara dan langkah bagaimana hendak keluarkan duit bantuan daripada akaun 2 KWSP tersebut.
Aktifkan i-Akaun KWSP
Siapa yang sudah aktifkan i-Akaun KWSP boleh teruskan ke langkah seterusnya.
Tapi, bagi mereka yang belum ada, kena pergi ke kaunter KWSP yang berhampiran untuk daftarkan i-akaun ini.
Antara kemudahan i-akaun ini membolehkan anda semak penyata KWSP melalui online dan tidak perlu ke kaunter lagi.
Malah anda juga boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 menggunakan aplikasi ini.
Langkah untuk aktifkan i-Akaun:
- Pergi ke mana-mana Kiosk atau kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk i -Akaun anda.
- Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.
- Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
- Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
- Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.
Ketika ini semua kaunter KWSP ditutup bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan anda boleh aktifkannya apabila ia dibuka kelak.
Panduan daftar keluarkan wang KWSP daripada akaun 2 secara online
Semua sudah sedia maklum anda boleh keluarkan duit Akaun 2 KWSP ini atas tujuan tertentu sahaja, iaitu:
- Kesihatan
- Beli/Bina Rumah
- Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Pendidikan
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Jika Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Jadi, jika sudah berjaya login ke dalam i-Akaun, boleh ke bahagian pengeluaran untuk keluarkan duit jika tujuan anda untuk bayar komitmen seperti di atas.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19 (i-Lestari)
Ahli KWSP yang mahu membuat pengeluaran seperti yang diumumkan kerajaan perlu membuat permohonan pengeluaran melalui “i-Lestari” daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020.
Ikut seperti arahan yang diberikan dan wang anda akan menerima wang tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.
Selain daripada permohonan online, ada juga beberapa cara untuk melakukan permohonan i-Lestari iaitu email kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik) atau secara pos di alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda ke pejabat KWSP bagi urusan pengeluaran.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Web Rasmi KWSP berhubung pengeluaran ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]