
Dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada Ahad lalu, Khamenei mendakwa AS ialah “penipu” dan boleh membawa masuk ubat untuk virus itu kekal aktif.
Pompeo dalam satu kenyataan turut menggunakan retorik yang mendakwa “syarikat penerbangan ganas ketua Iran” Mahan Air membawa “virus Wuhan” melalui penerbangan ke China secara berterusan.
“Rejim itu terus berbohong kepada rakyat Iran dan dunia mengenai jumlah kes jangkitan dan kematian, yang malangnya jauh lebih tinggi daripada angka didedahkan rejim itu,” kata Pompeo.
Beliau berkata, AS kekal terbuka untuk menawarkan bantuan dan “bekerja tanpa mengenal penat lelah” untuk membangunkan vaksin.
“Khamenei menolak tawaran ini kerana beliau berusaha mereka teori konspirasi dan mengutamakan ideologi ke atas rakyat Iran,” kata Pompeo.
Beliau berkata, AS tidak dapat menerima permintaan julung kali negara itu untuk mendapatkan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), di mana Washington mempunyai kuasa veto, mendakwa rejim terbabit membiayai “keganasan di negara lain” menggunakan sumbernya.
Kerajaan pimpinan Presiden Donald Trump mempertahankan dasar “tekanan maksimum” dan sekatan ke atas Iran yang teruk terjejas akibat Covid-19 dengan angka kematian rasminya melebihi 1,800 orang.
Trump, yang rapat dengan Arab Saudi dan Israel, iaitu seteru Iran, cuba menghentikan semua jualan minyak Iran dan 2 negara itu memperhebatkan perang proksi di Iraq.