
Serangan wabak Covid-19 di Itali semakin teruk apabila angka kematian yang dicatatkan merupakan yang tertinggi di peringkat Eropah dan dunia selepas lebih daripada 5,400 kematian direkodkan.
Meskpun perintah berkurung atau “lockdown” telah berkuatkuasa sejak 2 minggu lepas namun Itali terus menjadi negara kedua tertinggi yang paling teruk terjejas dek kerana Covid-19.
Bagaimanapun arahan lockdown ini dilihat tidak dipandang serius oleh rakyat mereka dan ini sekaligus mengundang kemarahan bagi pegawai tertinggi kerajaan.
Ia jelas menunjukkan sikap degil sesetengah rakyat Itali yang masih berkeliaran di luar.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, @protecttheflames mengumpul beberapa klip video kemarahan yang diluahkan Datuk Bandar Itali berserta dengan terjemahan sarikata English.

Yang pasti masih ada penduduk Itali masih berdegil dan tidak bimbang akan keselamatan mereka meskipun jumlah kes yang positif Covid-19 terus meningkat.
Sehingga kini lebih 14,500 orang meninggal dunia kerana Covid-19 di seluruh dunia.
Manakala dianggarkan lebih 98,000 daripada 336,000 orang yang pulih daripada penyakit ini di seluruh dunia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]