
Tiada mungkin berlaku kekurangan bekalan makanan di negara ke-2 paling ramai penduduk itu, kata Pengerusi Food Corp of India, D V Prasad, agensi yang dikendalikan kerajaan negeri.
Negara itu dijangka mempunyai 100 juta tan bekalan di gudang di seluruh India menjelang akhir April, berbanding keperluan tahunan 50 juta hingga 60 juta tan di bawah pelbagai program kebajikan bagi golongan miskin.
India dijangka menghasilkan 292 juta tan bijirin pada 2019 sehingga 2020.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan sama sekali selagi bekalan gandum dan beras boleh didapati di seluruh negara,” kata Prasad.
Namun, kedai harga patut di kebanyakan negeri tidak mempunyai keupayaan untuk menyimpan stok bekalan selama beberapa bulan bagi memenuhi keperluan rakyat, katanya.
Menteri Makanan, Ram Vilas Paswan minggu lalu berkata penerima sistem pengagihan awam boleh membeli bijirin subsidi selama 6 bulan mengikut kuota mereka serta-merta.
India, seperti kebanyakan negara lain, cuba mengekang penularan virus yang membawa maut itu dengan melaksanakan perintah berkurung di setiap wilayahnya, menghentikan tren, penerbangan dan perkhidmatan bas, sambil memastikan bekalan komoditi mencukupi
Pengeluar utama makanan di Amerika Syarikat tergesa-gesa untuk memenuhi permintaan berikutan pembelian panik rakyat negara itu, sementara jualan barangan seperti bijirin dan pasta melonjak di Rusia.
Di Australia, individu yang suka membeli secara banyak, panik kerana rantaian pasar raya terbesar negara itu memperketatkan had pembelian.
Terdapat kebimbangan pengguna di India mungkin melakukan pembelian panik barangan keperluan dan harga mungkin melambung berikutan negara dengan 1.3 bilion penduduk itu kini menjalani perintah berkurung bagi memutuskan rantain penularan virus itu.
Pihak berkuasa menutup banyak daerah, sementara semua penumpang dan komuter digantung sehingga sekurang-kurangnya 31 Mac.
Negeri-negeri mungkin perlu membeli 30 juta tan gandum dan beras daripada kerajaan persekutuan untuk memenuhi keperluan mereka selama 6 bulan, kata Prasad.
Rizab kerajaan persekutuan mungkin bertambah selepas tuaian gandum baru dihantar pada April daripada 64 juta tan sedia ada ketika ini, tambahnya.
Kerajaan negeri boleh mengeluarkan bekalan bijirin selama 3 bulan dari Food Corp secara kredit, kata Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman melalui Twitter, pada Isnin. Ini bagi memastikan negeri-negeri terbabit tidak menghadapi sebarang kekangan kewangan dalam mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Pengeluaran bijirin negara dijangka meningkat dari 2019 hingga 2020 dari 285.2 juta tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pertanian. Penuaian padi dilihat pada tahap tertinggi iaitu 117.47 juta tan, sementara pengeluaran gandum dijangka meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah sebanyak 106.21 juta tan.
China juga cuba memastikan bekalan makanan. Republik itu menaikkan harga beras India untuk menggalakkan penanaman 2 tanaman setahun pada tanah yang sama untuk meningkatkan pengeluaran di kawasan selatan yang pesat membangun.