Ahli kumpulan Bon Jovi positif Covid-19

Ahli kumpulan Bon Jovi positif Covid-19

David Bryan, 59 yang juga pemain keyboard memberitahu dia sudah dikuarantin selama seminggu dan akan diuji lagi selepas beberapa hari.

David Bryan disahkan positif Covid-19 selepas mengalami selesema dan dikuarantin selama seminggu sebelum jalani ujian sekali lagi. (Gambar CNN)

Selepas beberapa artis Hollywood memaklumkan mereka positif Covid-19 kini salah ahli kumpulan Bon Jovi, David Bryan pula memberitahu dia juga disahkan positif Covid-19.

David mendedahkan perkara itu menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.

“Saya baru sahaja mendapat keputusan saya hari ini dan positif virus Covid-19.

“Saya sakit selama seminggu dan semakin pulih.

“Tolong jangan takut! Ianya hanya selsema bukan wabak,” katanya memetik laporan CNN.

Pemain keyboard berusia 59 tahun itu juga memberitahu dia sudah dikuarantin selama seminggu dan akan diuji lagi selepas beberapa hari.

“Saya telah dikuarantin selama seminggu dan akan diteruskan lagi apabila saya berasa lebih baik saya akan diuji untuk memastikan saya bebas daripada virus jahat ini.”

David juga menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan.

“Tolong bantu antara satu dan lain. Virus akan berakhir jika kita saling membantu untuk mencegahnya” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.