Melampau… Ini cara Rusia tangani kenaikan harga topeng

Melampau… Ini cara Rusia tangani kenaikan harga topeng

‘Batalkan saja lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis.’

Harga asal sekotak topeng sebelum ini sekitar RM12 hingga RM18 namun kini ia naik sehingga ke RM50 hingga RM150.

Kenaikan mendadak harga topeng hidung dan mulut sememangnya tidak dapat diterima akal.

Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia malah negara luar juga berdepan isu yang sama apabila bekalan topeng ini dilaporkan semakin berkurangan.

Ia termasuklah di Rusia yang dikenali mempunyai Presiden yang paling digeruni dan paling berkuasa di dunia.

Dan ketika wabak berbahaya Covid-19 melanda seluruh dunia ketika ini, langkah Moscow dibawah pimpinan Vladimir Putin dalam menangani penularan jangkitan itu menjadi tumpuan dunia.

Ia merupakan antara negara terawal yang menutup pintu sempadannya terhadap kemasukan pelancong daripada China.

Selain itu, dalam satu rakaman video yang tular dimuatnaik seorang netizen menunjukkan bagaimana Putin menyelesaikan isu kenaikan harga topeng muka di negara itu setelah pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

Masalah itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Russia, Tatyana Golikova dalam satu mesyuarat bersama Putin pada awal Februari lalu.

Putin mengambil langkah tegas apabila mahu batalkan lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis. (Gambar AFP)

Golikova berkata, terdapat farmasi menaikkan harga topeng antara RM3.80 hingga RM5.50 sedangkan harga asalnya cuma 80 sen.

Ini jawapan yang diberikan Putin:

“Batalkan saja lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis.”

Ia sekali gus menunjukkan Putin langsung tidak akan tunduk kepada mana-mana gergasi perniagaan di negara yang dipimpinnya itu.

Rakaman itu turut mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya memuji ketegasan Putin dalam membuat keputusan mengenai satu-satu perkara.

Untuk rekod, Rusia hanya mencatatkan 306 kes yang disahkan jangkitan Covid-19 setakat ini.

Malaysia wajar mengenakan tindakan yang sama memandangkan harga disini meningkat lebih banyak dan melampau disaat negara berdepan dengan krisis terburuk pandemik Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.