Comel… 2 penguin ‘lagak’ seolah sedang melawat rakan lain dalam akuarium

Comel… 2 penguin ‘lagak’ seolah sedang melawat rakan lain dalam akuarium

Selepas Shedd Aquarium di Chicago ditutup kepada pelawat, 2 penguin dilepaskan berjalan bebas melawat ‘rakan’ lain dari satu tempat ke tempat lain.

2 ekor penguin dilepaskan di Shedd Aquarium, ‘aksi’ nya seolah-olah sedang melawat rakan-rakannya dalam akuarium lain.

Penularan Covid-19 menyebabkan pelbagai premis dan lokasi tumpuan orang ramai ditutup bagi mengekang wabak tersebut.

Tidak terkecuali sebuah pusat pelancongan awam di Chicago iaitu Shedd Aquarium.

Namun di sebalik itu, pihak aquarium melepaskan 2 ekor penguin “rockhopper” dari sangkar untuk berjalan sekitar kawasan lawatan ekoran tiada pengunjung dibenarkan masuk.

Menerusi video dimuat naik di Twitter Shedd Aquarium, rakaman itu menunjukkan penguin bergerak antara satu akuarium ke akuarium yang lain.

Apa yang menarik perhatian, haiwan di dalam kurungan itu juga teruja seolah-olah menerima pelawat.

Sekumpulan ikan berenang berdekatan dengan cermin akuarium tatkala penguin menghampirinya mungkin mahu melihat pelawatnya.

Video tersebut mendapat lebih 3.8 juta tontonan 162,000 tanda suka dan 55,100 ulang kongsi.

Di ruangan komen juga beberapa orang netizen turut berkongsi kegembiraan melihat 2 haiwan itu bersiar-siar kerana mengambil peluang ketika tiada pelawat.

Kata @tomhal, “Penguin itu kelihatan seperti sedang membaca papan notis itu juga. Seronoknya dapat mengembara.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.