
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.28 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu, sebelum tiba di lokasi 2 minit kemudian.
“Menurut maklumat awal yang diterima, dipercayai terdapat 2 mangsa yang berkemungkinan tertimbus pada kedalaman 40 kaki (12 meter).
“Mangsa yang terlibat dipercayai sedang melakukan aktiviti penggalian di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, tempat kejadian merupakan kawasan tapak projek perumahan.
“Usaha pencarian sedang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak,” katanya.