KP Kesihatan umum 1 kematian, 123 kes terbaru Covid-19

KP Kesihatan umum 1 kematian, 123 kes terbaru Covid-19

Daripada jumlah jangkitan terbaru, 74 mempunyai kaitan dengan himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

123 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di seluruh negara 1,306.
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 10 orang.

Beliau juga berkata, 123 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di seluruh negara 1,306.

Daripada jumlah jangkitan terbaru, 74 mempunyai kaitan dengan himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lepas.

Kematian terbaru membabitkan lelaki berusia 74 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Noor Hisham berkata, 46 pesakit kini dirawat di wad rawatan rapi (ICU) dengan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Infografik KKM mengenai situasi Covid-19 di Malaysia hari ini.

Katanya 25 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah yang didiscaj 139 setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.