
Ketua pegawai eksekutifnya, Abdul Hadi Amran berkata, kekerapan perkhidmatan tren Rapid KL diubah kepada selang 10 minit, dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat.
“Kekerapan selang 30 minit semasa tempoh bukan puncak pada Isnin hingga Jumaat pula dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan 7 malam hingga 12 tengah malam.
Bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum, perkhidmatan akan bermula pada 6 pagi hingga 12 tengah malam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
“Mulai hari ini sehingga 31 Mac, kami menasihati penumpang agar merancang perjalanan mereka dengan baik, jika mereka benar-benar perlu keluar untuk bekerja atau hal-hal penting yang lain. Jika tidak, kita semua hendaklah duduk di rumah sahaja,” katanya.