
AMSTERDAM: Menteri kesihatan Belanda yang pengsan ketika menghadiri mesyuarat Covid-19, bertindak meletak jawatan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Khamis.
Bruno Bruins, 56, meletak jawatan atas sebab keletihan, lapor stesen penyiaran Belanda NOS.
Bruins pitam pada Rabu ketika sebuah mesyuarat Parlimen untuk memerangi Covid-19.
Beliau menerusi Twitternya berkata, beliau pitam akibat keletihan dan keadaannya sudah bertambah baik.