Disebabkan nama ‘Corona’ kedai kain di India jadi tumpuan

Disebabkan nama ‘Corona’ kedai kain di India jadi tumpuan

Kedai kain dengan nama ‘Corona’ menjadi tumpuan luar biasa apabila pengunjung tidak putus datang ke kedai itu untuk swafoto.

Kedai kain di India bernama ‘Corona’ menjadi tumpuan orang untuk swafoto.

Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan seluruh dunia ditambah pula jumlah kematian di Itali kini mengatasi angka korban di China iaitu negara pertama yang tercetusnya wabak tersebut.

Covid-19 yang sebelum ini dikenali sebagai koronavirus atau korona ternyata memberi impak yang besar kepada apa sahaja yang mempunyai nama sama.

Ia termasuklah sebuah kedai kain di Kerala, India yang dikenali sebagai “Corona” kini menjadi tumpuan ramai.

Menurut laporan India Times, pemiliknya yang dikenali sebagai Pareed, kedai itu menerima kunjungan luar biasa semenjak penularan wabak berkenaan.

“Ramai yang datang nak swafoto, ada yang tersenyum sambil pandang saya.

“Ramai yang lalu naik kereta, mereka akan pandang ke kedai ini,” ujarnya.

Kata Pareed, dia juga mengamalkan langkah pencegahan dengan membuat sanitasi di kedainya.

Setakat ini, India mencatat 142 kes Covid-19 dengan tiga kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.