
Sultan Abdullah melahirkan rasa kesal kerana orang ramai masih berada di jalan raya dan tidak duduk di rumah.
“Saya lihat masih banyak kenderaan di atas jalan. Ini bukan situasi yang bagus,” katanya di Instagram.
Terdahulu, Sultan Abdullah menyertai sekatan jalan raya yang dijalankan di tengah ibu kota bagi memantau usaha penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan yang bertujuan mengurangkan pergerakan awam bermula 18 Mac hingga akhir bulan ini.
Antara lokasi sekatan jalan raya yang dikunjungi Agong adalah Jalan Semantan, Sri Hartamas, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail and KLCC.
Kerajaan hari ini mengumumkan penggunaan anggota tentera bagi memastikan perintah kawalan pergerakan dipatuhi berikutan ramai rakyat Malaysia yang masih ingkar dan tidak tidak berada di dalam rumah seperti diarahkan.