
Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, dilihat sebagai jalan terbaik untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Tidak dinafikan semua orang mulai panik dan bimbang dijangkiti virus yang sehingga kini tiada vaksin lagi.
Bagaimanapun difahamkan MyEG bakal melancarkan kit ujian Covid-19 dalam masa terdekat.
Menurut MyEG, kit ujian Covid-19 ini dibangunkan oleh syarikat diagnostik terkemuka dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di China dimana kini ia digunakan secara meluas.
Untuk pengetahuan anda, kit ujian Covid-19 ini dapat mengesan jika anda dijangkiti virus itu dengan hanya mengambil masa dalam 30 minit.

Sama seperti ujian kehamilan atau Aids, anda perlu ambil beberapa titis darah dan letakkan di atas kit tersebut.
Jika selepas 30 minit ada 2 garisan menunjukkan keputusan anda positif Covid-19, dan jika hanya 1 garisan bermakna ujian anda negatif.
Harga untuk kit ujian ini RM99 untuk satu kit dan RM990 untuk satu pek.
Jika anda ingin membeli test kit ini, anda boleh membuat pra-tempahan di laman web MyEG.
Cara penggunaan test kit tersebut juga boleh didapati di laman sesawang MyEG.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]