Usaha dapatkan semula dana 1MDB diteruskan, kata Muhyiddin

Usaha dapatkan semula dana 1MDB diteruskan, kata Muhyiddin

Pasukan petugas menjejaki dana 1MDB di luar negara memaklumkan perdana menteri, RM1.4 bilion dana berjaya dikembalikan manakala RM6.9 bilion lagi sudah dikenal pasti.

Pada 1 Nov tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, hanya RM1.5 bilion daripada keseluruhan RM150 bilion aset dan wang tunai dikaitkan dengan dana 1MDB berjaya dibawa pulang.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengarahkan usaha menjejaki dan mendapatkan kembali dana 1MDB diteruskan.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Muhyiddin diberikan taklimat khas oleh pasukan petugas yang dipertanggungjawab untuk menjejaki dana 1MDB di luar negara hari ini.

Pasukan petugas itu terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Dalam taklimat itu, perdana menteri dimaklumkan RM1.4 bilion dana berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti.

“Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalahgunakan di 17 negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 1 Nov tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, hanya 1% daripada keseluruhan RM150 bilion aset dan wang tunai dikaitkan dengan dana 1MDB yang diseleweng, berjaya dibawa pulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.