
Ketua biskop Simon Poh berkata, semua aktiviti lain seperti kelas pendidikan agama dan kelas Ahad juga ditangguhkan.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pihak gereja kini membuat perancangan untuk menyiarkan upacara mass secara atas talian pada hujung minggu.
Terdahulu hari ini, Sarawak mengesahkan 6 kes baru jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 9. Kuching mencacatkan 7 kes, sementara Limbang 2.
Pada Khamis, 3 ketua biskop Semenanjung Malaysia juga mengumumkan pembatalan upacara mass dan acara lain sehingga akhir Mac ini.
Susulan itu, ketua biskop Kota Kinabalu John Wong juga membuat pengumuman sama bagi daerah tersebut.