Ahli Parlimen Sarikei masuk hospital sebagai pesakit Covid-19

Ahli Parlimen Sarikei masuk hospital sebagai pesakit Covid-19

Wong dipercayai menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Feb susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu kini dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan bagi Covid-19. (Gambar Facebook)
SIBU:
Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu daripada DAP dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing ketika dihubungi mengesahkan bahawa Wong dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

Wong, yang masih ditahan di hospital, dikatakan menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Feb hingga minggu lepas susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata “beliau bukanlah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, sebaliknya radang paru-paru. Hospital kini menahannya sebagai PUI.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.