
Menjadi lumrah untuk setiap wanita mendambakan kulit yang cantik dan sihat.
Dan bagi mendapatkan kulit seperti ini, sudah pasti ia harus diikuti dengan rutin penjagaan wajah yang konsisten.
Bagi golongan selebriti yang menjadi tumpuan ramai sudah pasti sanggup menghabiskan ribuan ringgit membeli pelbagai produk.
Di antara ramai-ramai selebriti dan kenamaan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton antara yang menjadi perhatian kerana kekaguman masyarakat terhadap kulit wajahnya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu.
Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah “bisa” lebah!
Menurut laporan express.co.uk, Kate membayar sekitar RM1,300 untuk satu sesi bagi membuat rawatan wajah menggunakan “bisa” lebah.
Namun sesuai dengan harganya, “bisa” lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.
“Bisa” lebah mungkin berbisa namun ia banyak khasiat terutamanya untuk kecantikan wajah.
Satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.
Jadi sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan “bisa” lebah.
Rawatan wajah menggunakan “bisa” lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.
Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar.
Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.
Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan yang sama termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]