Mungkinkah Johnny Depp layak bawa watak Joker?

Mungkinkah Johnny Depp layak bawa watak Joker?

Johnny Depp diburu Warner Bros untuk bawa watak Joker versi Robert Pattinson.

Warner Bros dilaporkan sedang mencari pelakon untuk membawa watak Joker dan Johnny Depp dilihat sebagai calon paling ideal untuk watak itu.

Siapa yang tidak kenal dengan artis terkenal Hollywood Johnny Depp.

Namanya antara yang disebut-sebut sesuai untuk membawa watak Joker dalam filem Batman versi Robert Pattinson.

Walaupun masih belum rasmi sama ada Depp benar-benar memegang watak ini, ia sedikit sebanyak sudah buat peminat setia Batman teruja.

Khabar angin ini muncul selepas Warner Bros dilaporkan sedang mencari pelakon untuk membawa watak Joker dan Johnny Depp dilihat sebagai calon paling ideal untuk watak tersebut.

Ramai berpendapat Depp sangat sesuai untuk membawa watak Joker yang lebih “matang”, sesuai dengan usia Depp ketika ini iaitu 57 tahun.

Mungkin watak ini sesuai untuk Depp selepas melihat hasil lakonannya sebagai Gellert Grindelwald dalam siri Fantastic Beast.

Beliau tidak perlu jadi “gila-gila” untuk nampak jahat tapi memang ia dilakon secara natural.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.