
Yang Dipertua Dewan Negara, S A Vigneswaran dalam satu kenyataan menyatakan majlis angkat sumpah mereka adalah selaras dengan Peruntukan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.
Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memegang portfolio menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan.
Turut mengangkat sumpah ialah timbalan presiden MCA Dr Mah Hang Soon (timbalan menteri pendidikan I) dan naib presiden MCA Lim Ban Hong sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa.
Setiausaha eksekutif Barisan Nasional Dr Ahmad Masrizal Muhammad (timbalan menteri alam sekitar); dan pengerusi biro perhubungan antarabangsa Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (timbalan menteri belia dan sukan).
“Pelantikan ini mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berdasarkan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan,” kata Vigneswaran.