Covid-19: Arab Saudi tutup perbandaran Qatif

Covid-19: Arab Saudi tutup perbandaran Qatif

Semua kes Covid-19 yang dikesan di Arab Saudi dilaporkan di kawasan perbandaran Qatif, di timur negara itu.

Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung operasi institusi pendidikan di seluruh negara bermula Isnin berikutan penularan wabak Covid-19. (Gambar AP)
RIYADH:
Arab Saudi pada Ahad menutup kawasan perbandaran Qatif di timur negara ini dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Semua kes Covid-19 yang dikesan di Arab Saudi dilaporkan di Qatif, memetik seorang pegawai Kementerian Kesihatan.

Semua langkah pencegahan di kawasan kuarantin dipertingkatkan, urusan perniagaan di sektor awam dan kerajaan digantung sementara, kecuali perkhidmatan kesihatan, farmasi, stesen minyak dan keselamatan.

Arab Saudi turut menggantung aktiviti keluar dan masuk di rantau itu, namun perkhidmatan pengangkutan perdagangan dan produk makanan berjalan seperti biasa.

Kementerian Pendidikan turut mengumumkan operasi institusi pendidikan di seluruh negara digantung mulai Isnin.

Arab Saudi setakat ini mencatatkan sebanyak 11 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.