Suhakam gesa Putrajaya gubal undang-undang kesaksamaan gender

Suhakam gesa Putrajaya gubal undang-undang kesaksamaan gender

Suruhanjaya itu berkata wanita masih menerima gaji yang rendah berbanding lelaki di Malaysia.

Sebahagian wanita mengambil bahagian dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan Majlis Perwakilan Penduduk Seputeh di Kuala Lumpur, semalam.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini menggesa Malaysia menggubal undang-undang mengiktiraf kesaksamaan gender secara rasmi, mengatakan wanita masih menerima gaji yang rendah berbanding lelaki, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Memetik angka yang disediakan Jabatan Perangkaan Malaysia, Suhakam berkata, secara purata, wanita memperoleh RM9.32 untuk setiap RM10 yang diperoleh lelaki.

Ini berlaku walaupun wanita mengatasi lelaki di setiap peringkat dalam pendidikan rendah, menengah dan tinggi dan hampir setanding dengan lelaki dari segi celik huruf.

Bagaimanapun, katanya, hanya 55.2% wanita mengambil bahagian dalam tenaga kerja berbanding 80.4% lelaki dan mengisi 33% daripada pengurusan dan jawatan kanan, walaupun ia lebih tinggi berbanding purata global iaitu sebanyak 29%.

Dari segi pemberdayaan politik, katanya, hanya 14.4% ahli parlimen yang dipilih adalah wanita.

“Setelah meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita pada 1995, Malaysia mempunyai kewajiban untuk menggubal undang-undang mengiktiraf kesaksamaan gender secara rasmi dan mengharamkan gangguan seksual,” katanya dalam satu kenyataan.

Suhakam berkata ia terlibat secara aktif dalam menggubal Rang Undang-Undang Gangguan Seksual dan Rang Undang-undang Anti Diskriminasi terhadap wanita, yang bertujuan mengiktiraf dan merapatkan jurang diskriminasi terhadap wanita.

Dalam kenyataan berasingan, Charles Santiago dari DAP merasakan negara itu “ketinggalan” dalam melayani wanita dan remaja perempuan.

Beliau berkata kerajaan wanita miskin, wanita orang asal, ibu tunggal dan ibu tunggal menghidap kanser, dan wanita penghidap positif HIV serta pelarian kurang mendapat sokongan dari segi pemberdayaan dan bantuan.

Bagaimanapun, Santiago berasa selesa bahawa Pakatan Harapan serius melihat beberapa isu penting yang ditonjolkan aktivis dan kumpulan hak wanita termasuk kesatuan sekerja.

Beliau berkata Akta Gangguan Seksual dan undang-undang anti-hendapan dijadualkan dibentangkan dalam sesi Parlimen ini, walaupun ia menyatakan kebimbangan jika ia tidak akan berlaku akibat perubahan dalam pemerintahan.

“Memberdayakan wanita-wanita ini adalah kunci kepada pembangunan mampan kerana kemiskinan dan kesamaan jantina dikaitkan secara intrinsik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.