
Beliau turut memuji keputusan 5 ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang diketuai ahli Parlimen Labuan Rozman Isli meletak jawatan, dengan menyifatkannya sebagai bertepatan dengan peralihan kuasa yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini.
Lima ahli majlis penasihat itu mewakili parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Warisan Sabah.
“Rozman sebagai pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan 4 ahli lain membuat keputusan yang seharusnya dilakukan mereka dan ia tindakan profesional.
“Tindakan mereka itu seharusnya diikuti oleh pengerusi PL yang juga melalui pelantikan politik,” katanya dan menambah tindakan tidak melepaskan jawatan akan menimbulkan pelbagai dakwaan dan cemuhan di media sosial selain menjejaskan imej PL sebagai pihak berkuasa tempatan.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Suhaili berkata pengerusi LPL yang juga ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP dilantik oleh menteri pengangkutan sebelum ini yang juga daripada DAP, manakala ahli lembaga yang lain adalah pemimpin Warisan dan PKR.