Berkonsepkan Bali, Lex Spa beri kepuasan kepada wanita

Berkonsepkan Bali, Lex Spa beri kepuasan kepada wanita

Lex Spa Grand Lexis Port Dickson, menampilkan suasana nyaman dan selesa kepada setiap pelanggan yang melakukan rawatan kecantikan.

5 jenis urutan yang disediakan di Lex Spa termasuk untuk lelaki.

Wanita dan kecantikkan sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Apatah lagi jika ia mampu memberi kepuasan setiap kali sesi rawatan memanjakan diri dilakukan.

Dengan bercirikan konsep Bali semestinya pusat rawatan kecantikan ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Di Lex Spa Grand Lexis Port Dickson, inilah yang ditampilkan dalam mewujudkan suasana nyaman dan selesa kepada setiap pelanggan yang berkunjung.

Sebaik sahaja melangkah kaki, bau aroma yang menyenangkan membuat sesiapa sahaja tersenyum tidak sabar untuk merasai setiap sentuhan dan urutan yang bakal dilakukan.

Lex Spa mempunyai 6 bilik terdiri daripada 1 atau 2 katil mengikut keselesaan pelanggan termasuk bilik mandi.

Sebelum memulakan rawatan anda perlu merendamkan kaki sambil menikmati teh halia yang disediakan.

Sebaik menukar pakaian yang disediakan, kaki anda akan direndam dalam air suam dan dihidangkan air teh halia.

Lebih kurang 5 minit sesi rawatan diri anda bermula.

Anda boleh memilih untuk bilik berasingan atau bersama pasangan.

Lex Spa menawarkan 5 jenis urutan iaitu aromaterapi, Lex Spa Signature, Balinese, “Tradisional Malaysian Urut” dan “back and shoulder”.

Manakala bagi rawatan “detoxifying body wrap” terdapat 3 pilihan iaitu susu dan yogurt, Green Tea dan bagi Balinese Boreh Spice ia tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau mengandung kerana terdapat bahan-bahan yang panas.

Lex Spa turut menyediakan rawatan detox dan lulur.

Untuk rawatan lulur pula terdapat Tongkat Ali khas untuk lelaki, Javanese, garam laut, kopi Sumatran, yougart dan oat serta “green tea body polish”.

Sementara itu bagi mereka suka mengambil secara package, Lex Spa juga menyediakan mengikut kesesuaian pelanggan.

Bermula dengan harga serendah RM120 hingga RM430 anda mampu memanjakan diri anda tanpa rasa sesal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.