70 terperangkap, hotel kuarantin mangsa Covid-19 runtuh di Shanghai

70 terperangkap, hotel kuarantin mangsa Covid-19 runtuh di Shanghai

Ia runtuh kira-kira jam 7.30 malam dan 34 orang diselamatkan 2 jam kemudian.

Hotel Quanzhou Xinjia setinggi 5 tingkat runtuh kira-kira jam 7.30 malam dan 34 orang diselamatkan setakat ini.
SHANGHAI:
Kira-kira 70 orang terperangkap pada Sabtu selepas sebuah hotel 5 tingkat yang digunakan untuk kuarantin pesakit Covid-19 runtuh di bandar pelabuhan Quanzhou di tenggara China, kata media negara.

Satu video strim yang disiarkan laman berita Beijing yang disokong kerajaan menunjukkan pekerja penyelamat dalam pakaian berwarna oren memanjat sisa runtuhan dan membawa mangsa ke ambulans yang berkumpul di sekitar tapak tersebut.

Beijing News berkata Hotel Quanzhou Xinjia setinggi 5 tingkat.

Ia runtuh kira-kira jam 7.30 malam dan 34 orang diselamatkan 2 jam kemudian, kata perbandaran Quanzhou di laman webnya.

Punca runtuhan tidak dinyatakan.

Seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama keluarga, Chen, memberitahu laman berita itu bahawa warisnya termasuk kakak dikuarantin di hotel itu seperti yang ditetapkan peraturan tempatan selepas kembali dari wilayah Hubei.

Katanya, mereka tiba pada 25 Feb dan dijadualkan keluar dari hotel itu selepas menghabiskan 14 hari kuarantin mereka.

“Saya tidak boleh menghubungi mereka, mereka tidak menjawab panggilan,” katanya.

“Saya juga di bawah kuarantin (di hotel lain) dan saya sangat risau, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Mereka sihat, pihak kesihatan mengambil suhu mereka setiap hari, dan ujian menunjukkan semuanya normal.”

Pejabat People’s Daily berkata hotel itu dibuka pada Jun 2018 dan mempunyai 80 bilik.

Quanzhou adalah bandar pelabuhan di Selat Taiwan di wilayah Fujian dengan populasi lebih 8 juta.

Pihak berkuasa Fujian berkata pada Jumaat, wilayah itu mempunyai 296 kes Covid-19 dan 10,819 orang diletakkan di bawah pemerhatian selepas diketegorikan sebagai kontak rapat.

Agensi Berita Xinhua berkata jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk keselamatan kerja di bawah Majlis Negeri, kabinet China, telah menghantar pasukan kerja kecemasan ke tapak tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.