
Katanya, penundaan itu juga untuk memberi masa kepada anggota Kabinet baru memahami tugas kementerian dan jabatan masing-masing supaya mereka bersedia menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), pertanyaan lisan, perbahasan, pembentangan rang undang-undang dan usul di Parlimen.
“Penundaan turut memberi peluang kepada ahli Parlimen mengemukakan pertanyaan jawab lisan dan bukan lisan serta usul baru agar releven dengan isu semasa negara.
“Selain itu, ia juga bagi memastikan urusan pentadbiran di Parlimen berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong dijadual merasmikan mesyuarat ke-3 Parlimen ke-14 pada 9 Mac, tetapi ia ditunda ke Mei susulan penubuhan kerajaan baru selepas pelantikan perdana menteri ke-8 pada Ahad lalu yang menimbulkan kebimbangan ia akan memberi masa untuk membeli undi ahli Parlimen, khasnya daripada Pakatan Harapan.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan menubuhkan kerajaan baru susulan kejatuhan kerajaan PH pada Isnin lalu.
Speaker Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof baru-baru ini mengesahkan Dewan Rakyat akan bersidang selama 15 hari mulai 18 Mei ini.