GPS tetap sokong Muhyiddin jadi PM, kata Abang Johari

GPS tetap sokong Muhyiddin jadi PM, kata Abang Johari

Terdahulu, ketua menteri Sarawak itu berkata, GPS mengubah sokongan daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu 'tidak tegas'.

Abang Johari Openg bersama pimpinan Sarawak menemui Muhyiddin Yassin di rumahnya di Bukit Damansara hari ini.
KUALA LUMPUR:
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8.

“Kita sudah nyatakan pendirian (sokong Muhyiddin),” kata Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg selepas ke rumah Muhyiddin bersama pimpinan Sarawak.

Beliau tiba di rumah Muhyiddin kira-kira 6.10 petang dan keluar sejam kemudian. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Douglas Uggah Embas.

Terdahulu, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS mengubah sokongan daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu “tidak tegas”.

Katanya, GPS tidak akan bekerjasama dengan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.