Muhyiddin pangku pengerusi PPBM

Muhyiddin pangku pengerusi PPBM

Menurut perlembagaan parti, presiden hendaklah memangku sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA:
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan beliau akan memangku jawatan pengerusi parti, seperti yang ditetapkan perlembagaannya, beberapa hari selepas Dr Mahathir Mohamd dilapor kembali menggalas jawatan itu.

Katanya, menurut Fasal 16.9 Perlembagaan PPBM, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baru.

“Mahathir meletak jawatan pengerusi pada 24 Februari lalu.

“Justeru, saya selaku presiden memangku jawatan pengerusi sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya.

Mahathir melepaskan jawatan pengerusi PPBM pada Isnin, hari yang sama beliau meletakkan jawatan perdana menteri, tidak lama selepas Muhyiddin mengisytiharkan parti keluar Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung Marzuki Yahya pada Khamis dilapor berkata Mahathir menerima kembali jawatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.