
Nak cantik tak kena tempat hingga membawa padah pada diri sendiri.
Itulah yang berlaku terhadap seorang gadis hingga mempunyai masalah penglihatan gara-gara membuat tatu pada matanya.
Aleksandra Sadowska kini buta sebelah mata dan mempunyai masalah penglihatan untuk sebelah mata lagi.
Model dari Wroclaw, Poland itu berharap kesan tatu yang dilakukannya dapat menjadikannya kelihatan seperti penyanyi rap, Popek.
Inilah bahayanya kerana mahu ikut gaya artis itu, dia meminta agar bahagian mata putihnya diwarnakan dengan hitam.
Bagaimanapun, rawatan tatu yang dikenakan terhadap gadis berusia 25 tahun itu mengalami masalah, sehingga merosakkan mata sebelah kanannya.
Menurut laporan media tempatan, pelukis tatu yang melakukan tatu berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penjara 3 tahun kerana secara tidak sengaja menyebabkan ketidakupayaan kepada wanita.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]