PPBM beri sokongan penuh Muhyiddin PM ke-8

PPBM beri sokongan penuh Muhyiddin PM ke-8

PPBM beri sokongan penuh kepada presiden PPBM itu selepas pertemuan beliau dengan Pengerusi Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: PPBM beri sokongan penuh kepada pencalonan Presiden Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8, kata seorang ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu.

Redzuan Mohd Yusof memaklumkan perkara itu selepas pertemuan pimpinan PPBM di kediaman Muhyiddin hari ini. Katanya, sokongan itu selepas Muhyiddin bertemu Pengerusi Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya tengah hari tadi.

Mengenai pertemuan hari ini, Redzuan berkata mereka “bincang dari segi reaksi”.

Mengenai sokongan ahli Parlimen, beliau yakin dengan 11 ahli Parlimen bebas yang diketuai bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Turut kelihatan keluar dari kediaman Muhyiddin adalah bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan setiausaha politik Azmin, Hilman Idham.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.