
“Saya gembira apabila diminta mewakili Maldives di ICJ. Saya tidak sabar melakukannya dan mendapatkan keadilan untuk Rohingya,” kata isteri kepada pelakon Hollywood, George Clooney.
Maldives berkata, ia akan memfailkan pengisytiharan bertulis di ICJ untuk menyokong Rohingya, minoriti Islam yang dianiaya di Myanmar.
Sebelum ini, Gambia mengemukakan satu permohonan di ICJ untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Myanmar atas dakwaan melanggar Konvensyen Genosid.
Pemimpin Rohingya menyambut baik langkah Maldives itu.
Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh, selepas tentera Myanmar melancarkan serangan terhadap minoriti Islam pada Ogos 2017.
Badan Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA) melaporkan hampir 24,000 etnik Rohingya Islam dibunuh tentera Myanmar sejak 25 Ogos 2017.