Dr M letak jawatan pengerusi PPBM

Dr M letak jawatan pengerusi PPBM

Ini susulan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri awal hari ini.

Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM berkuat kuasa serta-merta selepas menghantar surat peletakan jawatan sebagi perdana menteri beberapa jam sebelum itu.

Dalam satu kenyataan ringkas ia menyebut surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar ke ibu pejabat parti itu hari ini.

Ini juga susulan kenyataan presiden PPBM Muhyiddin Yassin bahawa parti tersebut keluar daripada Pakatan Harapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.