
Beliau, yang disertai Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat memasuki kediaman Mahathir pada 10.45 pagi tadi.
Pertemuan ini dipercayai mengenai hala tuju Pakatan Harapan – yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM – di sebalik cakap-cakap mengenai penyusunan baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas.
Menurut sumber, keempat-empat pemimpin komponen PH itu dapat berjumpa Mahathir.
Kenderaan yang membawa Anwar dan Mohamad dilihat keluar dari kediaman Mahathir pada 12.25 tengah hari, selepas Wan Azizah pada 12.23 tengah hari, dan Lim pada 12.15 tengah hari.
Mereka meninggalkan kediaman Mahathir tanpa bertemu pemberita. PKR dan DAP dijadualkan bermesyuarat tengah hari ini.