RAM Ratings jangka kadar inflasi Januari meningkat susulan kenaikan kos pengangkutan

RAM Ratings jangka kadar inflasi Januari meningkat susulan kenaikan kos pengangkutan

RAM Ratings juga menjangka Bank Negara Malaysia akan mengurangkan sekali lagi kadar dasar semalaman dalam tempoh 6 bulan akan datang kepada 2.50%.

Harga purata petrol RON95 meningkat 4.9%tahun ke tahun pada Januari 2020, berbanding 5.5% penyusutan pada Disember 2019.
KUALA LUMPUR:
RAM Ratings menjangka kadar inflasi Malaysia pada Januari 2020 akan meningkat kepada 1.8% berbanding 1.0%pada bulan sebelumnya, didorong oleh inflasi bahan api kenderaan yang lebih tinggi di tengah-tengah kesan asas rendah harga bahan api runcit.

Harga purata petrol RON95 meningkat 4.9%tahun ke tahun pada Januari 2020, berbanding 5.5% penyusutan pada Disember 2019.

Walaupun tempoh dan situasi penularan Covid-19 masih tidak dapat ditentukan, ia turut menyebabkan harga minyak dunia mengalami tekanan berikutan China selaku pusat penularan jangkitan itu merupakan sumber permintaan kedua terbesar di peringkat global.

“Jangkaan asas kami untuk harga minyak Brent mencatat purata kira-kira AS$55-AS$60 setong pada tahun ini masih kekal walaupun berlaku kecenderungan menurun dengan mengambil kira kelembapan ekonomi pada masa ini.

“Bagaimanapun, sekiranya minyak Brent berlegar di antara AS$50 setong pada sepanjang tahun 2020, inflasi keseluruhan boleh menyusut kepada 1.2% berbanding unjuran semasa 1.7% pada 2020,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan hari ini.

Dengan mengambil kira risiko yang signifikan bahawa Covid-19 boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi, RAM Ratings menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengurangkan kadar dasar semalaman sekali lagi dalam tempoh 6 bulan akan datang kepada 2.50% bagi tahun itu.

Langkah itu akan memberi kelegaan kepada syarikat ketika berlakunya tekanan dan ketidaktentuan ekonomi,” katanya.

Justeru, pengekalan perbelanjaan isi rumah mungkin tidak lagi menjadi satu keutamaan apabila program subsidi bahan api bersasar mengapungkan harga bahan api pengguna kepada paras pasaran.

RAM Ratings berkata, trend penurunan harga minyak mentah global akan mewujudkan beberapa peluang bagi penangguhan itu tanpa mengabaikan perbelanjaan fiskal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.